5 tip membahagiakan perkahwinan anda
- PUJI - puji adalah perkara yang disukai oleh setiap manusia. terutamanya pujian itu datang dari orang yang tersayang iaitu suami atau isteri. oleh itu, dalam membahagiakan perkahwinan anda, anda hendaklah selalu memuji pasangan anda walaupun hanya dua atau tiga perkataan. kepada suami selalu lah memuji masakan isteri dan semua tanggungjawab isteri yang telah dilaksanakan sepanjang suami tiada di rumah. isteri pula boleh memuji suami apabila suami memdapat kejayaan di tempat kerja nya. hal ini dapat membentuk keserasian dan kemesraan dalam rumah tangga anda.
- PELUK - peluk adalah perbuatan yang dapat membahagiakan setiap pasangan suami isteri. dengan pelukan yang ikhlas, kasih sayang dapat dibuktikan. setiap pasangan haruslah melakukan pelukan mesra sekerap mungkin bagi membahagiakan hubungan anda.
- PENGHARGAAN - setiap pasangan suami isteri haruslah menghargai pasangan anda. penghargaan yang deberikan oleh suami atau suami atas kejayaan amat bermakna. hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan dapat menambah kasih sayang antara satu sama lain. penghargaan boleh diucapkan dengan kata-kata atau dengan memberi hadiah.
- PERHATIAN - perhatian yang kerap kepada pasangan amat penting dalam hubungan suami isteri. dengan perhatian yang diberikan, pasangan dapat lebih memahami antara satu sama lain bagi memberikan layanan yang istimewa kepada pasangan anda. hal ini dapat menunjukan kasih sayang yang mendalam kepada pasangan anda.
- PERSEFAHAMAN - faham antara pasangan dalam rumah tangga amat penting bagi memjamin kebahagiaan yang abadi.